Sabda Baginda Rasulullah S.A.W :
"2 nikmat yang sering dilupakan manusia iaitu sihat dan
masa lapang"
"Melayu mudsah lupa":Inilah slogan yang sering dilaungkan oleh mantan PM M'sia yang ke-4,Tun Dr Mahathir Mohammad..Saya amat tidak setuju dengan statement ini.Kenapa???Bagi saya slogan yang sepatutnya dilaungkan oleh semua orang ialah "Manusia mudah lupa".Tau kenapa?? Cuba tengok balik hadis yang tertera di atas. Bagi saya sudah terang lagi jelas dan tak perlu disuluh lagi memang betul 199% apa yang disampaikan dalam hadis tersebut.
Saya tau ada yang panas mata,panas telinga,panas hati bila melihat artikel ini tapi jangan cuba nafikan dan letakkan ego kita di kepala lutut agar terpenyek sewaktu sujud kita..Cukuplah contoh daripada saya bila dipanggil untuk meeting,jawab pada diri sendiri adakah meeting tersebut bermula pada waktunya atau setengah jam(oppss,lama sangat),lima belas minit('mungkin' ) selepas masa yang ditetapkan..Itulah kita kan "Manusia"?Bila Allah bagi masa lapang,lepak sana,lepak sini,main2(teringat kata2 guru saya,waktu main,main betul2,waktu study,study betul2,jangan waktu main main2,waktu study main2 jugak).Waktu nak kena hantar assignment,tempoh 2 bulan x ckup....kenapa ya? sebabnya sebulan 29 hari tue x fikir pun tentang assignment,genap 2 bulan baru nak fikir..Itulah kita kan "Manusia"..
Tak tau kenapa saya rasa terpanggil untuk menyeru kepada semua orang...
"Wahai manusia,janganlah kita membazirkan masa lagi.Tak kira la di depan TV ke?Di depan Komputer ke?Di depan radio ke?Di pusat-pusat permainan ke?di kedai kopi 60-an ke,kedai kopi alaf baru ke?Jangan lagi kita alpa dengan kehidupan yang sementara ni"
Sebenarnya masa kita walau sesaat sangat berharga sebab tugas kita kat dunia ni bukannya "ENJOY" macam cerita PUTERI tu..Tapi kita nak cari redho Allah."Yang bulat tak datang bvergolek,yang pipih tak datang melayang".Jadi sebagaimana hard n smart kita study untuk capai target kita kat dunia,cam2 jugak kita kena hard n smart dalam usaha kita untuk capai target akhirat kita..
SELAMAT BERAMAL UNTUK SEMUA
No comments:
Post a Comment