"Apabila seorang banyak mengadu pada manusia,maka sedikit cuma pengaduannya pada Allah,lantaran segala kekecewaannya dilepaskan kepada manusia,maka di manakah Allah dalam hatinya?? Semakin banyak pengaduan dan perkongsian dengan Allah,maka semakin banyak masa yang diperuntukkan kepadaNya".
Saban hari kata-kata ini kedengaran ditelinga kita namun antara sedar tak kita selalu alpa,lupa dengan maksud yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik kata-kata ini.
"Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul".Pepatah Melayu yang padat,tepat dan bermakna.Wahai sahabat dan sohabiah sekalian,memang berat memikul amanah perjuangan di bahu dan sebagai manusia yang lemah tidak tertanggung rasanya diri bila tiada sokongan daripada orang di sekeliling tapi marilah kita sama-sama bangun dari sifat lemah kemanusiaan kita.
BANGKITLAH!!!Sedarlah bahawa kita mempunyai Yang Maha Mendengar yang sudi mendengar rintihan kita.Sesungguhnya Dialah yang memberi equation untuk kita selesaikan dan Dia jugalah yang memberi answer kepada equation tersebut.Sahabat seperjuangan,terimalah 'belaian' kasih sayangNya dengan hati terbuka supaya terdapat hutang kesenangan yang boleh dituntut di Bumi Abadi nanti.
Pesanan untukku dan untukmu,para pejuang sekalian. Salam juang..
No comments:
Post a Comment