Bangkitnya Seorang Pejuang

Bangkitnya Seorang Pejuang

Monday, October 11, 2010

Kalam Khalifah

Saiyidina Ali Karamallu wajhah berkata: 

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. 
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. 
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. 

· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. 

· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula  salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada 
perbuatan yang sia-sia. 
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil 
pengajaran daripadanya. 
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

Saturday, October 9, 2010

Yang Menanti Perkongsian

"Apabila seorang banyak mengadu pada manusia,maka sedikit cuma pengaduannya pada Allah,lantaran segala kekecewaannya dilepaskan kepada manusia,maka di manakah Allah dalam hatinya?? Semakin banyak pengaduan dan perkongsian dengan Allah,maka semakin banyak masa yang diperuntukkan kepadaNya".
Saban hari kata-kata ini kedengaran ditelinga kita namun antara sedar tak kita selalu alpa,lupa dengan maksud yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik kata-kata ini.
"Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul".Pepatah Melayu yang padat,tepat dan bermakna.Wahai sahabat dan sohabiah sekalian,memang berat memikul amanah perjuangan di bahu dan sebagai manusia yang lemah tidak tertanggung rasanya diri bila tiada sokongan daripada orang di sekeliling tapi marilah kita sama-sama bangun dari sifat lemah kemanusiaan kita.
BANGKITLAH!!!Sedarlah bahawa kita mempunyai Yang Maha Mendengar yang sudi mendengar rintihan kita.Sesungguhnya Dialah yang memberi equation untuk kita selesaikan dan Dia jugalah yang memberi answer kepada equation tersebut.Sahabat seperjuangan,terimalah 'belaian' kasih sayangNya dengan hati terbuka supaya terdapat hutang kesenangan yang boleh dituntut di Bumi Abadi nanti.
Pesanan untukku dan untukmu,para pejuang sekalian. Salam juang..